Wednesday, 8 October 2014

Rendang Kupang



Bahan-bahan:

1kg Kupang segar
15 biji cili padi (kalau tak suka pedas, boleh kurangkan) *
2 inci halia *
1 inci kunyit *
1 inci lengkuas *
3 batang serai *
(kisar halus bahan-bahan bertanda *)
3 sudu kerisik
1 cawan santan
garam
gula
daun kunyit (diracik)
sedikit minyak

cara-cara:

1. Kupang direbus terlebih dahulu sehingga masak, sejukkan dan kupas untuk diambil isinya..
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan kupang yang telah dikupas tadi dan gaul hingga rata..
4. Perasakan dengan garam dan gula ikut kehendak masing-masing.
5. Masukkan santan pekat dan masak hingga mendidih. kalau suka rendang yg agak kering, masak lama sedikit hingga kering seperti yang dikehendaki.
6. Tambahkan kerisik dan taburkan daun kunyit yang diracik masak sekejap  dan siap.!!

No comments: