Thursday, 25 September 2014

Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan- Bahan:

3 ekor Ketam
10 biji cili padi (kalau tak suka pedas,boleh kurangkan pedas)
1 inci kunyit hidup
1 cawan air
1 mangkuk santan pekat
3 batang serai (diketuk)
daun kunyit
garam
3 biji tomato

cara-cara:

1. Ketam dibasuh bersih-bersih.kalau suka potong, boleh dipotong dua.
2. Kisar halus cili padi dan kunyit hidup dgn air.
3. Tuang bahan kisar tadi, serai dan daun kunyit yang dipotong, dalam periuk yang dipanaskan dgn api sederhana.
4. Masukkan ketam dan biarkan ia masak seketika.
5. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam. Pastikan sentiasa dikacau2 sedikit supaya santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan tomato yang dipotong dan siap boleh dihidang..



Lamb Chop Dgn Sos Lada Hitam


Bahan- bahan:

Untuk Perapan:
3 keping lamb chop (dibasuh bersih)
3 sudu serbuk lada hitam
1 sudu garam

Gaulkan semua bahan perapan dan biarkan untuk 1 jam atau lebih.

Untuk Sos Lada Hitam/Blackpepper Sauce
1 biji bawang besar (potong bulat2)
5 sudu lada hitam (dikisar halus)
1/2 kiub ayam knorr
2 sudu tepung jagung
2 cawan air

cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Campurkan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk tadi.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut kehendak masing-masing.

Bahan-bahan sampingan lain:

Baby carrot
Asparagus
Brokoli
Kentang

Semua bahan-bahan diatas direbus hingga masak.

Siap untu dihidang bersama nasi.

Almond Crunchies



Kek Minyak Gebu



biskut famos amos



tauhu goreng




Wednesday, 24 September 2014

Bebola Biskut Merry


Bahan- Bahan:

2 cawan biskut mery yg dikisar halus
4 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar milo
10 sudu besar susu pekat manis
8 sudu besar mentega yg dicairkan
coklat rice
paper cup

cara-cara:

campurkan semua bahan2 dalam mangkuk kecuali coklat rice.. uli2 sebati..pastu buat bentuk bebola ..dan golek2kan kat coklat rice..masukkan kat paper cup dan sejukkan dalam peti ais selama 30minit..siap...!!!

Tuesday, 23 September 2014

Ayam Goreng Kunyit Dgn Kacang Panjang


Bahan- bahan:

2 ketul isi dada ayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
kacang panjang ( potong kecil2)
garam
kunyit
minyak masak

cara-cara:

bersihkan ayam dan potong kecil2 ikut suka masing2.. gaul2 dengan garam dan kunyit..
panaskan minyak masak dalam kuali, gorengkan ayam hingga garing.. setelah masak, angkat dan toskan ayam tadi..
gunakan kuali yg sama, kurangkan minyak sedikit, tumiskan bwg merah, bwg putih dan bwg besar sampai naik bau..
masukkan ayam dan kacang panjang..masukkan garam sedikit. tumis hingga kacang panjang lembut..dan tutup api dan hidangkan.. Siap!!!


Mee Sup Daging


Pizza Lembut Mudah




Bahan-bahannya:

300gm tepung gandum
6gm yis
10gm gula halus
1/4 sudu garam
170ml air suam (klu x ckup tambah ckit)
20gm mentega

campur tepung+yis+gula+garam..pastu tuang air ckit2..gaul2..tambah mentega n adun smpi jadi doh yg xmelekat kt bekas.. bulat2kan n tutup dgn plastik biarkan 45minit.. pas doh naik, uli doh sekejap dan bahagi kpd 2 bhgn.. 1bhgn canai2kan n letak kt loyang n letak toping..sama jgk la dgn 1 bhgn lg tu..

Thursday, 18 September 2014

Kek Pandan Gebu


Bahan-bahannya..

150gm gula castor
5 biji telur
1 sudu besar ovellete
150gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
80ml susu sejat
80ml minyak masak/jagung
1 sudu besar perasa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

pukul telur + gula + ovelete smpi kembang..masukkan tepung dan baking powder yg dh diayak bersama & pukul lg smpi sebati.. masukkan susu, pewarna & perasa..n pukul smpi sebati..masukkan minyak & kaup balikkan guna senduk.. griss kan loyang dgn butter @ guna kertas kek dan tuang adunan.. bakar suhu 170°c selama lebih kurg 40minit..ikut pd oven msg2..
tips:klu nak kek cantik, pas tuang adunan dlm loyang tu, hentak2 loyang kasi angin dlm adunan tu keluar..nnti dpt texture cantik..