Wednesday, 8 October 2014

Rendang Kupang



Bahan-bahan:

1kg Kupang segar
15 biji cili padi (kalau tak suka pedas, boleh kurangkan) *
2 inci halia *
1 inci kunyit *
1 inci lengkuas *
3 batang serai *
(kisar halus bahan-bahan bertanda *)
3 sudu kerisik
1 cawan santan
garam
gula
daun kunyit (diracik)
sedikit minyak

cara-cara:

1. Kupang direbus terlebih dahulu sehingga masak, sejukkan dan kupas untuk diambil isinya..
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan kupang yang telah dikupas tadi dan gaul hingga rata..
4. Perasakan dengan garam dan gula ikut kehendak masing-masing.
5. Masukkan santan pekat dan masak hingga mendidih. kalau suka rendang yg agak kering, masak lama sedikit hingga kering seperti yang dikehendaki.
6. Tambahkan kerisik dan taburkan daun kunyit yang diracik masak sekejap  dan siap.!!

Wednesday, 1 October 2014

Churros Rangup Sedap



Bahan-Bahan:
1 cawan air
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
Nozzle bentuk bintang
Piping bag

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat).
6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.
7. Salutkan churros dengan gula halus atau dip dip dgn coklat cair..sedap!!

Thursday, 25 September 2014

Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan- Bahan:

3 ekor Ketam
10 biji cili padi (kalau tak suka pedas,boleh kurangkan pedas)
1 inci kunyit hidup
1 cawan air
1 mangkuk santan pekat
3 batang serai (diketuk)
daun kunyit
garam
3 biji tomato

cara-cara:

1. Ketam dibasuh bersih-bersih.kalau suka potong, boleh dipotong dua.
2. Kisar halus cili padi dan kunyit hidup dgn air.
3. Tuang bahan kisar tadi, serai dan daun kunyit yang dipotong, dalam periuk yang dipanaskan dgn api sederhana.
4. Masukkan ketam dan biarkan ia masak seketika.
5. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam. Pastikan sentiasa dikacau2 sedikit supaya santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan tomato yang dipotong dan siap boleh dihidang..



Lamb Chop Dgn Sos Lada Hitam


Bahan- bahan:

Untuk Perapan:
3 keping lamb chop (dibasuh bersih)
3 sudu serbuk lada hitam
1 sudu garam

Gaulkan semua bahan perapan dan biarkan untuk 1 jam atau lebih.

Untuk Sos Lada Hitam/Blackpepper Sauce
1 biji bawang besar (potong bulat2)
5 sudu lada hitam (dikisar halus)
1/2 kiub ayam knorr
2 sudu tepung jagung
2 cawan air

cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Campurkan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk tadi.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut kehendak masing-masing.

Bahan-bahan sampingan lain:

Baby carrot
Asparagus
Brokoli
Kentang

Semua bahan-bahan diatas direbus hingga masak.

Siap untu dihidang bersama nasi.

Almond Crunchies