Wednesday, 1 October 2014

Churros Rangup Sedap



Bahan-Bahan:
1 cawan air
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
Nozzle bentuk bintang
Piping bag

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat).
6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.
7. Salutkan churros dengan gula halus atau dip dip dgn coklat cair..sedap!!

No comments: